Friday, 16 March 2012

KUASA NOVEL...

Dah agak lama aku tidak membaca novel.Novel yang paling terkesan di lubuk hatiku ialah "HARTINI".Hadiah dari seseorang yang pernah aku kenali dan menumpang kasih sayang darinya.Sungguh tragis dan sadis. Ketaatan seorang isteri yang tidak ada tolok bandingnya....
      Bila dilihat keadaan sekarang ini, kebanyakan( x semua) yg bergelar isteri tidak lagi menghormati suami. Apa yang ingin mereka buktikan?Tidak dpat dipastikan.Kini ego perempuan juga menebal. Ini bukanlah ditujukan kepada semua wanita yang bergelar isteri. Lupakah mereka ini bahawa "Syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami?"selagi mana suruhan suami itu tidak melampaui batas dan hukum Allah, mesti ditaati sedaya mungkin.Keredhoaan Allah bagi seorang isteri terletak pada keredhoaan suaminya.Walau apa jua pekerjaan atau jawatan yang disandang, kebenaran suami untuk mereka bekerja mestilah digunakan sebaik mungkin.Jangan mudah lupa diri....
     Bila berada di luar..."aurat terjaga,maruah terpelihara".Adakah kerana tuntutan kerja dan fesyen semasa membuatkan mereka lalai dan beranggapan mesti "up to date?"Apakah mereka tidak perlu lagi menghormati dan menjaga maruah suami? Fikir2kanlah wahai isteri2 yang jika anda "terleka" sejenak.Selagi hayat dikandung badan, selagi ada ruang untuk kembali ke jalan yang diredhoi oleh Allah kerana keredhoaan suami membantu kamu mendapat redho dariNya....
   
Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 17-18 yang bermaksud,

 
17. Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang Yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
18. dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang Yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya Aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang Yang mati sedang mereka tetap kafir. orang-orang Yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

No comments:

Post a Comment